PENGAMBILAN INSTRUMEN SARINGAN BERTULIS LINUS BAGI SARINGAN 1, 2013

Written By Pejabat Pelajaran Bangsar Pudu on Wednesday, April 17, 2013 | 11:54 AM

17 APRIL 2013 (Rabu). Pihak FasiLINUS PPWBP akan mula mengedarkan Instrumen Saringan Bertulis Literasi dan Numerasi bagi Saringan 1, 2013 pada hari esok 18 April 2013 bagi Wilayah Pudu dan 19 April 2013 bagi Wilayah Bangsar. Taklimat tapak pengumpulan data akan dilakukan pada jam 11.00 pagi pada hari pengambilan instrumen. Diharap wakil-wakil sekolah dapat hadir pada masa yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran proses pengagihan instrumen. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pegawai FasiLINUS sekolah masing-masing.